Takziah di atas pemergian Dr. Abdul Latiff Arabiyat

PAS mengucapkan takziah di atas pemergian Dr. Abdul Latiff Arabiyat, mantan Speaker Jordan dan pimpinan Ikhwanul Muslimin Jordan, ke rahmatullah.

Advertisement

Kali terakhir saya berjumpa dengan almarhum semasa menghadiri Persidangan Ahli-ahli Parlimen Islam di Istanbul tahun lalu.

Semoga roh almarhum dicucuri rahmat, diterima amalan baik dan jihadnya, serta ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Takziah diucapkan kepada keluarga almarhum, semoga diberikan kesabaran dan ketabahan.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 28/4/2019