Temasya Sukan PASTI Tawau guna format baharu

TAWAU: Temasya Sukan PASTI Kawasan Tawau melibatkan 22 pasukan yang dirasmikan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Husain telah berlangsung di Padang Perbandaran Tawau, di sini kelmarin.
 
Menariknya, kejohanan kali ini bukan sahaja menampilkan PASTI Nurul Afeeya yang baharu ditubuhkan, tetapi juga format baharu apabila 22 PASTI dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu iaitu A dan B.
 
Kumpulan A terdiri daripada PASTI yang mempunyai lebih 100 murid dan B pula kurang 100 murid, di mana juga masing-masing kumpulan akan menobatkan Johan Keseluruhan yang berbeza.
 
Seramai 154 petugas terlibat dalam menjayakan temasya kali ini termasuk dari Jabatan Amal Malaysia, NISA, PERPIS, Skuad Elite dan Bridget Lil Banat Al-Huda dan Pusat Bantuan Damai.
 
Turut menyumbangkan tenaga ialah beberapa orang pelajar dari Sekolah Menengah St Patrick, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara dan Institut Akademi Bakti.
 
Kejohanan kali ini mempertandingkan lapan acara iaitu pertandingan perbarisan, tarik tali, mewarna, lari 50 meter, lari bawa bola, lari dalam guni, baling bola dan isi air dalam botol.
 
PASTI Nurul Izzah Jalan Saddani telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi Kumpulan A, manakala Johan Keseluruhan bagi Kumpulan B pula disandang oleh PASTI Nurul Iman Tanjung Batu Laut. – HARAKAHDAILY 30/4/2019
IMG 20190430 WA0010
 
IMG 20190430 WA0009
Advertisement