Gotong-royong selenggara Pusat Tarbiyah Tambun

IPOH: Cuti sempena Hari Pekerja menjadi kesempatan buat ahli-ahli PAS Kawasan Tambun mengadakan gotong-royong perdana Pusat Tarbiyah PAS Tambun, Taman Meru 1A, di sini semalam.
 
Menurut Ketua PAS Zon Meru, Ustaz Zabidi Zainal Abidin, usaha itu adalah antara tanggungjawab ke atas pemeliharaan aset dan premis milik parti yang penting sebagai pusat kegiatan dan urusan rasmi.
 
Apatah lagi menurutnya, penggunaan tersebut memerlukan premis itu mesti sentiasa berada dalam keadaan baik untuk menjalankan aktiviti berterusan, lebih-lebih lagi juga sepanjang Ramadan ini.
 
Bagi Naib Ketua Pemuda PAS Tambun, Saiful Nizam Ismail, aktiviti gotong-royong tersebut menjadi medan mengeratkan silaturahim terutama sesama ahli jemaah solat dan kuliah Pusat Tarbiyah ini.
 
Anak muda dipimpin Ketua Pemuda PAS Cawangan Taman Meru, Mohd Yusof Nor Badarudin bersama ahli-ahli PAS Cawangan Taman Meru, Taman Meru 2B dan 2C menjadi tulang belakang aktiviti semalam.
 
Sebagai menampung kos operasi dan penyelenggaraan serta kegiatan Pusat Tarbiyah PAS Tambun, para dermawan boleh menyumbang ke akaun BIMB 0801 3010 0133 61 atas nama Bendahari PAS Kawasan Tambun. – HARAKAHDAILY 2/5/2019
Advertisement