Kemunculan sulung DACS Junior FC membanggakan

IPOH: Pasukan DACS Junior FC membuat kemunculan pertamanya dengan menyertai Kejohanan Piala Klebang Putra Soccer Academy (KPSA) bawah 9 tahun, semalam.

Advertisement

Namun, pasukan ini berjaya muncul juara kumpulan dan seterusnya layak ke suku akhir bertemu pasukan DrZ A yang mewakili DrZ Football Academy.

Bagaimanapun DACS Junior FC tewas kepada pasukan lebih berpengalaman itu pada kejohanan yang yang berlangsung di Padang Awam Taman Klebang Putra, di sini.

Pun begitu, pencapaian ini sangat membanggakan di mana DACS Junior FC berada pada kedudukan 8 pasukan terbaik daripada 20 pasukan yang menyertainya.

Pasukan berbakat ini dibarisi semua pemain cilik yang disatukan melalui Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) daripada Tambun, Muallim dan Tapah.

Pengarah Jabatan Sukan, Seni dan Kebudayaan (DACS) Dewan Pemuda PAS Tambun, Muhamad Safwan Jaafar telah bertindak selaku Pengurus Pasukan ini.

Beliau menyatakan hasrat untuk memperkemas lagi pasukan ini untuk terus mengasah bakat yang ada melalui akademi latihan dan penyertaan ke kejohanan berikutnya.

Jurulatih, Mohd Helmi Hashim yakin bahawa pasukan ini boleh dibentuk lebih baik termasuk penyertaan pemain-pemain baharu yang akan turut menjalani latihan selepas ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri turut hadir pada kejohanan yang menyaksikan pasukan DrZ A yang menewaskan DACS Junior FC muncul johan. – HARAKAHDAILY 2/5/2019