Pengalaman SRITI Lumut dicurah untuk Beruas

LUMUT: Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) At-Taqwa telah menerima kunjungan muhibah dari Jawatankuasa SRITI Kawasan Beruas di sekolah tersebut, di sini malam tadi.
 
Delegasi tersebut disambut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SRITI At-Taqwa, Awis Kharni Hussain dan Ahmad Kamarulnizam Majid serta barisan Ahli Lembaga Pengarah yang lain.
 
Lawatan tersebut bertujuan melihat pengalaman SRITI At-Taqwa sejak merintis institusi itu pada 2017, serta potensi jalinan kerjasama strategik berkaitan pengurusan, pentadbiran dan kewangan.
 
Lanjutan taklimat disampaikan Awis Kharni, kedua pihak turut mengadakan perbincangan dan soal jawab kedua pihak yang dilihat merangsang keyakinan pihak Beruas memulakan sesi 2020.
 
Ketua Pemuda PAS Lumut, Muhammad Nizar Majid yang turut hadir menyeru supaya tumpuan terbaik diberikan agar usaha membawa mesej Islam dan PAS dijayakan menerusi SRITI. – HARAKAHDAILY 1/5/2019
Advertisement