Rehlah Tarbawi ribatkan paduan Pemuda Kampar

KAMPAR: Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar telah menganjurkan Rehlah Tarbawi yang telah diadakan di Air Terjun Batu Berangkai, di sini semalam.

Advertisement

Program ini bertujuan mengeratkan ukhuwah sesama anggota Pemuda selain mengadakan khidmat komuniti membersihkan kawasan persekitaran air terjun.

Pengisian utama telah disampaikan Timbalan Yang DiPertua PAS Kampar, Ustaz Anuar Morat, selain diadakan aktiviti Mini Hiking, Santai BBQ dan lain-lain lagi.

Ketua Pemuda PAS Kampar, Shahrizan Ahmad Fuat berharap Rehlah Tarbawi ini menjadi antara aktiviti meribatkan kekuatan Pemuda demi kelangsungan gerak kerja.

Program separuh hari itu menjadi antara aktiviti outdoor terawal diadakan Pemuda PAS Kampar bagi sesi baharu kepimpinan anak muda kawasan tersebut. – HARAKAHDAILY 2/5/2019