Aktiviti luar bilik darjah lengkapkan tarbiyah PASTI

NIBONG TEBAL: Sukaneka PASTI As-Solihin telah berlangsung meriah pada temasya yang diadakan di Bandar Tasek Mutiara, di sini semalam.
 
Menurut Ketua Pemuda PAS Kawasan Nibong Tebal, Ustaz Zulazhar Muhammad, ianya merupakan antara kegiatan luar bilik darjah.
 
Jelasnya, aktiviti kokurikulum itu mendedahkan murid kepada kegiatan sukan dan penting dalam keseimbangan pendidikan mereka.
 
“Kurikulum PASTI digubal dengan menekankan aspek duniawi dan ukhrawi, akademik dan diniah yang bertujuan memberi pentarbiyahan sempurna,” ujarnya.
 
Hadir merasmikan majlis tersebut adalah Yang DiPertua PAS Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff sekali gus meraikan lebih 300 murid dan waris.
 
Sukaneka penuh semangat ukhuwah itu turut dihadiri Pengerusi dan Pengurus PASTI, Mohd Nizam Nasir dan Suhaimi Ahmad. – HARAKAHDAILY 2/5/2019
IMG 20190502 WA0048
Advertisement