PAS beri sumbangan menjelang Ramadan

TAMBUN: Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun, Ustaz Hafez Sabri bersama PAS Cawangan Medan Klebang Restu telah menyantuni penduduk melalui program sumbangan sempena kedatangan Ramadan di cawangan ini di Chemor, di sini semalam. 
 
Program yang diadakan ini merupakan hasil infak keperluan makanan asas dari orang awam yang kebanyakannya terdiri daripada ibu bapa dan penjaga PASTI di kawasan perumahan tersebut. 
 
Ketua PAS Medan Klebang Restu, Khairi Ramli berkata, program serahan terus ke rumah penduduk ini merupakan langkah proaktif yang dirangka oleh ahli PAS di sini bagi mendekati masyarakat setempat. 
 
Selain itu katanya, melalui aktiviti kebajikan ini, PAS Medan Klebang Restu berpeluang mengetahui maslahah penduduk perumahan terutamanya dalam hal-hal kebajikan dan kemanusiaan yang perlu dititikberatkan. 
 
Sumbangan keperluan makanan asas telah diagihkan kepada keluarga yang terpilih terdiri daripada mereka yang menghidap penyakit kronik, ibu tunggal serta golongan kurang upaya.
 
Program sumbangan sempena Ramadhan membuktikan PAS bukan hanya sebuah parti politik, malah turut prihatin serta hal-hal kebajikan dan kemasyarakatan di peringkat Cawangan mahupun Kawasan. – HARAKAHDAILY 2/5/2019IMG 20190502 WA0038
Advertisement