Pemuda PAS dekati anak muda dengan futsal

BUKIT GANTANG: Pemuda PAS Cawangan Taman Mewah telah mengambil inisiatif membina hubungan bersama anak-anak muda dalam Dun Kuala Sepetang.
 
Sehubungan itu, satu pertemuan santai dengan menganjurkan perlawanan futsal ukhuwah telah diadakan di Foxx Sport, Econsave Kamunting, di sini kelmarin.
 
Antara pasukan anak muda yang turut serta menyambut salam persahabatan itu adalah dari Taman Mewah FC, Sedih FT, AKFC dan juga Taman Yayasan.
 
Ketua Pemuda PAS Taman Mewah, Muhammad Zamzuri Muhammad Zahari berkata, program tersebut menjadi ruang anak muda lebih mengenali PAS.
 
“Melalui aktiviti ini, kita mahu masyarakat tahu bahawa PAS bukan hanya berpolitik sahaja. Kita juga mengajak anak muda beriadah dan bersukan bersama,” ujarnya.
 
Pertandingan yang dijalankan secara format liga itu menyaksikan pasukan Sedih FT unggul untuk muncul juara, manakala AKFC pula sebagai naib juara.
 
Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang, Zu Hazmin Badri dan Ketua PAS Cawangan Taman Mewah, Abdul Rahman Hatim. – HARAKAHDAILY 2/5/2019
Advertisement