Pemuda PAS-Umno Beruas lawan bowling

BERUAS: Pemuda PAS Kawasan dan Pemuda Umno Bahagian ini giat menarik sokongan anak muda dalam Parlimen Beruas untuk bersama agenda ta’awun yang sedang dijalin kedua parti.

Advertisement

Demikian itu, Pemuda PAS dan Pemuda Umno Beruas mengukuhkan hubungan mereka dengan mengadakan perlawanan bowling di Ocean Bowl Manjung, di sini malam tadi.

Program sempena cuti Hari Pekerja itu telah dirasmikan Ketua Umno Beruas, Dato’ Dr Azhar Ahmad yang menyokong agar agenda tersebut didukungi kuat oleh para Pemuda PAS dan Umno.

Sekitar 40 peserta kedua-dua parti menyertai pertandingan itu di mana setiap pasukan digabungkan ahli dari parti PAS dan Umno untuk mereka lebih erat saling mengenali.

Kehadiran dua entiti itu masing-masing dipimpin Ketua Pemuda Umno Beruas, Mohd Fahami Asmawi dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Beruas, Ahmad Faridz Mohamed Sabri. – HARAKAHDAILY 2/5/2019