Dahulu sekolah pondok, sekarang jadi maahad

KOTA BHARU: Bermula di kawasan Pondok Pasir Tumbuh pada 1964 yang dikenali sebagai Madrasah Taqaddum Maarif.

Advertisement

Sekolah tersebut diasaskan almarhum Tuan Guru Abdul Aziz @ Majid Yakob. Perasmian dilakukan mantan Menteri Besar, Tan Sri Mohd Asri Muda pada 1966.

Disebabkan pertambahan bilangan pelajar sekolah berkenaan dipindahkan ke lokasi sekarang kerana peningkatan bilangan pelajar.

Tapak lama digunakan Kuliah Pondok yang menawarkan pendidikan tinggi kepada pelajar lepasan pengajian pondok.

Tapak sekarang dirasmikan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Maahad Taqaddum Maarif Pasir Tumboh menyambut jubli emas sempena 55 tahun penubuhannya esok (4 Mei).

Pengetuanya Ustaz Hassan Mat Tamat berkata, perayaan jubli emas diadakan sempena mesyuarat agung persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

Katanya perasmian mesyuarat dan perayaan ulangtahun ke-55 disempurnakan anggota Exco kerajaan negeri Ustaz Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Perayaan ulangtahun akan turut diadakan pameran sejarah awal sekolah itu dan pameran agensi kerajaan.

Manakala sebelah malam bermula selepas solat Isyak diadakan konsert hiburan alternatif termasuk dikir barat, qasidah dan persembahan nasyid pelajar. – HARAKAHDAILY 3/5/2019