Edaran takwim Ramadan dekati warga Bkt Gantang

BUKIT GANTANG: PAS Kawasan Bukit Gantang telah mengadakan edaran takwim Ramadan kepada penduduk di seluruh pasar malam di dalam Parlimen ini sejak hujung bulan lalu.
 
Menurut Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman, ia merupakan rutin dilaksanakan pihaknya sebagai agenda kebajikan setiap kali menjelang Ramadan.
 
Bersama Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, pimpinan PAS Kawasan juga Pemuda dan Muslimat, aktiviti tersebut telah dilaksanakan di Pasar Malam Sungai Tinggi, Trong, di sini semalam.
 
Maklumnya Ustaz Faisal, gerak kerja kebajikan sentiasa konsisten dilaksanakan PAS Bukit Gantang, namun digiatkan lagi pelaksanaannya setiap kali datangnya Ramadan.
 
Tambah beliau, program itu bertujuan meraikan kedatangan Ramadan selain menghidupkan amalan kebajikan, serta mengeratkan hubungan silaturahim bersama masyarakat.
 
Aktiviti pada rutin ini diusaha dan digerakkan di bawah kendalian Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Bukit Gantang, Ustaz Mustafa Abdul Wahab.- HARAKAHDAILY 3/5/2019
IMG 20190503 WA0045
Advertisement