Pemuda komited seru penduduk imarah masjid

PERMATANG PAUH: Lajnah Dakwah Pemuda PAS Permatang Pauh memanfaatkan cuti Hari Pekerja dengan mengadakan edaran Takwim Ramadan dan jadual Kuliah Maghrib Bulanan kepada penduduk setempat.
 
Program Street Da’wah 5.0 itu sebagai mendukung inisiatif digerakkan Pemuda Masjid Batu yang sentiasa aktif mendekati penduduk dalam seruan mereka untuk masjid tersebut sentiasa diimarahkan.
 
Delegasi diketuai Exco Pemuda Masjid Batu, Ahmad Asuad Mat Desa itu telah disertai Timbalan dan Naib Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Hafiz Abdul Aziz dan Ustaz Aiman Shamsul Baharin.
 
Bermula dari Masjid Batu, mereka yang turut dibantu para Pemuda PAS Cawangan Tok Kandu telah berziarah dari rumah ke rumah para penduduk dalam kariah Masjid Batu menyampaikan edaran.
 
Selain takwim Ramadan dan jadual kuliah itu, bungkusan tamar turut diberikan buah tangan selain paling utama bertemu muka dan bertanya khabar yang telah menjadi jalinan mereka dengan penduduk.
 
Anak muda yang komited berdakwah ini tekad menjadikan aktiviti ini sebagai rutin mereka untuk memastikan penduduk sentiasa dekat dengan masjid juga sebagai menunai tanggungjawab fardhiah. – HARAKAHDAILY 3/5/2019
IMG 20190503 WA0015
Advertisement