Jualan ais kiub danai SRITI Al-Falah Teluk Intan

TELUK INTAN: Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Falah menerusi entiti perniagaannya, SRITI Al-Falah Enterprise terus mengorak langkah sejak penubuhannya.
 
Terbaru, telah memasarkan pelbagai jenis kurma dan kerepek ke pasaran menjelang Ramadan, setelah memperkenalkan produk sulungnya iaitu ais kiub pada awal April lalu.
 
Pengurus SRITI Al-Falah, Mohamad Firdaus Azmi berkata, pihaknya sedang mempelbagaikan produk yang diharap menjadi manfaat serta mendapat sambutan ramai bagi mendapatkannya.
 
Terang beliau, ais kiub dikeluarkan SRITI Al-Falah Enterprise merupakan produk usahawan Muslim yang dihasilkan dengan jaminan halal, bersih dan suci, termasuk bebas daripada bahan kimia.
 
Menceritakan secebis pengalaman ditempa, pengeluaran awal ujarnya hanya 15 beg sehari, tetapi kini telah mencecah 60 beg sehari dan yakin peningkatan jualan berdasarkan permintaan.
 
Maklum Mohamad Firdaus, dengan pertambahan permintaan daripada pengguna, pihaknya bercadang membeli mesin peti dan lori ais di mana edaran kini hanya berlaku di Chenderung Balai dan Langkap.
 
Beliau turut menjelaskan, penjualan kurma yang dipasarka sejak minggu lalu itu telah mendapat sambutan melalui promosi jualan murah di mana terdapat pelbagai jenis kurma seberat 400 dan 500 gram sekotak.
 
Perniagaan tersebut kini dijalankan di No.95, Lorong 3, Taman Melur 2 iaitu tingkat bawah SRITI Al-Falah dan sebarang sokongan atau sumbangan boleh disalurkan ke CIMB 860337 8460. – HARAKAHDAILY 5/5/2019
IMG 20190505 WA0015
 
IMG 20190505 WA0011
Advertisement