Pemuda Parit lancar dana wakaf pembelian van

PARIT: Kemudahan perjalanan entiti-entiti di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit dalam memenuhi tugas dan rutinnya menuntut keperluan kenderaan diadakan.
 
Antara amat memerlukan penggunaannya adalah para murid dan guru PASTI serta SRITI menyertai kegiatan atau kursus, selain Jabatan Amal dalam menjayakan operasi atau tugasan diarahkan.
 
Sehubungan itu, sebagai usaha sepadu menangani desakan yang wujud, Pemuda PAS Parit merancang memiliki van serbaguna di mana akan menjadi kenderaan rasmi bagi maksud dinyatakan.
 
Dianggarkan sebanyak RM130,000 diperlukan bagi pembelian van baharu tersebut yang diharapkan sokongan ramai pihak untuk merealisasikannya secara pendanaan tunai atau setara.
 
Terdahulu, tabung khas bagi pendanaan tersebut telah dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait sempena muktamar dewan itu hujung bulan lalu.
 
Sumbangam boleh dibuat ke akaun BIMB 0808601005512 atas nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit dan sebarang pertanyaan hubungi 019-561 0601 (Harfizi) atau 019-523 7815 (Asyran Syafiq). – HARAKAHDAILY 5/5/2019
IMG 20190505 WA0041
Advertisement