Kunjung jabatan kerajaan rutin Ramadan Muslimat

TAMBUN: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Muslimat PAS Kawasan Tambun telah mengadakan kunjungan ke premis-premis jabatan kerajaan sekitar bandar ini, petang tadi.
 
Antara dilawati delegasi ini adalah Balai Polis, Balai Bomba dam Klinik Kesihatan yang merupakan aktiviti rutin tahunan setiap kali menjelangnya Ramadan.
 
“Kita menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang bertugas untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” ujar Pengerusi LKK Muslimat PAS Tambun, Khamisah Abd Hamid.
 
Usaha itu menurutnya, memenuhi tuntutan agama supaya mengerat silaturahim dan mengadakan kebaikan yang banyak di bulan mulia ini termasuk berinfak dan saling mendoakan.
 
Walaupun kunjungan tidak rasmi itu diadakan tanpa sebarang temujanji, namun hubungan sedia terjalin dengan pihak berkenaan tidak menuntut protokol, tetapi jelas saling mesra.
 
Sempena lawatan itu, pihak Muslimat PAS Tambun turut menyerahkan tamar dan risalah Ramadan dibantu Muslimat PAS Dun Manjoi dan Ulu Kinta sebagai tenaga bersama. – HARAKAHDAILY 6/5/2019
IMG 20190506 WA0086
 
IMG 20190506 WA0082
Advertisement