PAS Bukit Gantang turut rai Hari Bomba Sedunia

BUKIT GANTANG: PAS Kawasan Bukit Gantang telah meraikan Hari Bomba Sedunia dengan mengunjungi Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, di sini kelmarin.
 
Lawatan tersebut diketuai sendiri Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman yang disambut mesra anggota bomba bertugas.
 
Aktiviti tersebut sejajar Budaya Politik Matang dan Sejahtera digagaskan PAS, selain berusaha melebarkan dakwah serta menyantuni dan menghargai penjawat awam.
 
Kata Ustaz Faisal, lawatan itu sebagai menzahir penghargaan atas jasa anggota bomba dalam memberi khidmat bakti kepada masyarakat dan negara selama ini.
 
“Kita terharu dengan pengorbanan dan komitmen mereka yang sanggup bertugas tanpa mengira waktu dan keadaan. Semoga jasa mereka demi keselesaan dan keselamatan rakyat mendapat ganjaran di sisi Allah,” ujarnya.
 
Sempena kunjungan tersebut, Ustaz Faisal mewakili PAS Bukit Gantang menghadiahkan kek yang dipotong bersama anggota sebagai simbolik meraikan hari bersejarah itu. – HARAKAHDAILY 6/5/2019
Advertisement