Tema tradisional hias Hari Guru SRITI Tambun

IPOH: Sambutan Hari Guru 2019 dan Ambang Ramadan 1440 Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Kawasan Tambun telah diadakan bertema tradisional di SRITI Al-Istiqamah, di sini kelmarin dahulu.
 
Sambutan itu meraikan Mudir, Ustaz Mohamad Saiful Mohamed Kamal dan tenaga pengajar SRITI Al-Istiqamah iaitu Ustazah Nurul Nabila Jumbuny dan Ustazah Iffah Md Suaid bersama para pelajar institusi itu.
 
Selain jamuan pelbagai juadah yang disumbangkan ibu bapa, sambutan turut dimeriahkan dengan pertandingan kuiz dan mewarna yang juga menjadi latihan fokus dan ingatan murid kepada ilmu.
 
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Tambun, Ustaz Mohd Fariq Izwan Md Bahrin telah menyampaikan Anugerah Khas kepada tiga pelajar atas kejayaan mengekalkan kehadiran penuh ke sekolah.
 
Beliau selaku Pengerusi SRITI Al-Istiqamah turut memaklumkan bahawa pra-pendaftaran bagi Darjah 1, 2 dan 3 untuk ambilam tahun 2020 masih dibuka termasuk secara dalam talian bagi premis di Bandar Meru Raya ini.
 
“SRITI kini menjadi pilihan terbaik masyarakat dalam mendidik anak-anak peringkat rendah ke arah melahirkan generasi pintar soleh, rabbani dan murabbi,” terangnya.
 
SRITI Al-Istiqamah mengalu-alukan sumbangan bagi Dana Pembangunan untuk menambah ruang kelas dan kemudahan di mana boleh disalurkan ke akaun Bank Rakyat 110441005292 atas nama SRITI Al-Istiqamah Resources. – HARAKAHDAILY 6/5/2019
Advertisement