Veteran PAS Lumut disantuni ambang Ramadan

LUMUT: PAS Kawasan Lumut telah mengadakan kunjungan ziarah ke atas veteran PAS dan masyarakat setempat sempena ambang Ramadan di Batu 10 Lekir, di sini semalam.
 
Ziarah dikendalikan Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lumut, Zaharah Hussin itu diadakan dengan kerjasama Ketua PAS Cawangan Batu 10 Lekir, Ustaz Hussin Abas.
 
Rombongan telah berziarah ke kediaman veteran PAS dan penduduk dengan menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada golongan memerlukan itu.
 
Yang DiPertua PAS Lumut, Rasli Abdul Rahman menyatakan, pembelaan yang sewajarnya patut diberikan kepada mereka itu atas jasa pernah membantu perjuangan satu ketika dahulu.
 
Pimpinan PAS Lumut yang hadir sama adalah Setiausaha, Hamidon Ahmad dan Ketua Muslimat, Rohawati Abidin, serta Ketua Ameerah, Syahirah Abdullah, juga Ketua Nusaibah, Syazwati Zainal Abidin dan Ketua Briged, Hasliza Mansor. – HARAKAHDAILY 6/5/2019
IMG 20190506 WA0070
Advertisement