Ihya’ Ramadhan PAS Pusat tarik mualaf, gelandangan

KUALA LUMPUR: Ihya’ Ramadan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS (LKKP) Pusat dengan kerjasama LKKP Wilayah Persekutuan dan Selangor pada tahun ini memasuki tahun ke-11 pelaksanaannya.

Advertisement

Menarik pada hari kedua Ramadan ini, Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut telah dikunjungi tetamu istimewa, seorang wanita mualaf yang turut hadir untuk solat Isyak dan tarawih secara berjemaah.

Sepanjang bulan Ramadan ini, Pejabat PAS dibuka untuk orang ramai untuk sama-sama berbuka dan melaksanakan solat secara berjemaah di sini, di samping pengisian tazkirah yang akan disampaikan oleh wakil daripada PAS kawasan terlibat.

Selain untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli PAS, Ihya’ Ramadhan ini juga diadakan untuk berkongsi rezeki di bulan yang mulia terutama kepada gelandangan sekitar Jalan Raja Laut.

Pihak Lajnah mengalu-lukan sebarang bentuk sumbangan bagi menjayakan program ini.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam ‘Dana Kami Prihatin’ 1211 3010 02 6150.

Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh hubungi Cikgu Yusoop di talian 011-1337 3066. – HARAKAHDAILY 8/5/2019