Berita kematian Ustaz Ismail Kamus tidak benar

Advertisement

KUALA LUMPUR: Tersebar di media sosial tentang berita bahawa Ustaz Dato’ Ismail Kamus, 71 berada dalam keadaan sangat tenat dan telah meninggal dunia, di mana ia adalah tidak benar sama sekali.

Menurut sumber, Exco Lajnah Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh memaklumkan, tokoh ulamak itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara Kuala Lumpur pada 28 April yang lalu atas masalah kesihatan jantung lemah,

Terangnya, atas faktor tersebut beliau telah menerima rawatan pembedahan kecil untuk memasukkan bateri dan sehingga kini keadaan beliau adalah sihat serta stabil dan dibenarkan untuk keluar daripada Institut Jantung Negara pada petang ini , 11 Mei 2019. 

Ustaz Dato’ Ismail Kamus merupakan bekas Ahli Dewan Negeri Gombak Setia (PAS) pada 1999 hinggan 2004 dan merupakan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2002.

Beliau terkenal dengan kepakaran dalam perubatan Islam selain aktif dalam menyampaikann ceramah-ceramah kepada masyarakat tanah air.

“Sama-sama kita doakan agar Allah S.W.T memberikan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus agar diberikan kesihatan yang baik,” seru Abdul Hadi. – HARAKAHDAILY 11/5/2019