Muslimat Sabah santuni asnaf sempena Ramadan

SANDAKAN: Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakataj Muslimat PAS Negeri Sabah, Nurul Izzati Yusof turun padang mengetuai sendiri rutin bertemu penduduk terutama golongan memerlukan.
 
Menerusi program Semarak Kasih Ramadan 3.0 itu, Muslimat PAS Sabah telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di Dewan Kampung Pababag Hujung Semporna, di sini kelmarin.
 
Kunjungan ziarah dan sumbangan keperluan harian itu adalah sempena kedatangan Ramadan, selain turut mengemaskini perkembangan golongan tersebut, serta bantuan susulan yang diperlukan.
 
Ia menjadi perhatian dan pembelaan terhadap hal ehwal kebajikan terhadap nasib golongan tersebut oleh Muslimat PAS Sabah yang sentiasa prihatin akan kehidupan mereka dengan kesantunan sewajarnya.
 
Penerima kali ini terdiri dari asnaf miskin antaranya balu yang bekerja sebagai nelayan dan buruh kasar untuk menampung keluarga dan turut dihadiri Ketua PAS Cawangan Kampung Pababag Hujung, Mohd Kadal Idal. – HARAKAHDAILY 13/5/2019
Advertisement