‘We Care’ Puteri-Ameerah jengah hidup rakyat

SUBANG: Ameerah Subang telah turut bersama dalam program ‘We Care’ anjuran Puteri Umno Bahagian Subang yang dijalankan sekitar USJ 1 dan Kinrara, di sini semalam.
 
Program yang turut melibatkan Kelab Aktivis Muda dipimpin Ketua Puteri Umno Subang, Hanisha Izaireen Ahmad Halil dan dirasmikan Ketua Umno Subang, Dato’ Armand Azha Abu Hanifah.
 
Keprihatinan program ini diserlahkan menerusi lawatan kebajikan menyantuni beberapa keluarga penduduk yang perlu dibantu atas pelbagai keadaan dan ujian kehidupan ditempuhi mereka.
 
Antaranya keluarga Orang Kelainan Upaya, Salawati Mohamad yang bisu, selain ibu muda, Syafika Abd Rahman bersama enam anaknya dan juga seorang remaja pesakit kencing manis.
 
Turut dikunjung ziarah adalah warga emas, Ramlah Jaafar yang menjaga dua cucu setelah kematian ibu mereka dan juga ibu muda, Junaidah Abd Rahim bersama 12 anaknya.
 
“Kadar kemiskinan tegar di bandar tidak sama dengan di kampung. Kalau di kampung masih mempunyai ruang untuk bercucuk tanam dan memelihara haiwan ternakan.
 
“Namun di bandar, perkara tersebut sukar dilakukan. Semoga sumbangan yang dikongsikan bersama ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” ujar Hanisha. – HARAKAHDAILY 13/5/2019
20190513 074815
Advertisement