PAS santuni warga kota sempena Ramadan

TITIWANGSA: PAS Kawasan Titiwangsa telah mengadakan sambutan Ihya’ Ramadan dengan menyantuni asnaf sebagai kesinambungan aktiviti ziarah yang dilaksanakan sepanjang tahun.
 
Aktiviti di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan ini telah menyampaikan sumbangan berupa makanan asasi, barangan dapur dan wang tunai hasil infak orang ramai.
 
Antara paling menyayat hati adalah melihat kehidupan ibu tunggal bersama tiga anak lelakinya yang buta serta dalam masa sama turut menjaga ayahnya warga emas, di sini semalam.
 
Sedangkan sara hidup keluarga ini hanya bergantung semata-mata dari bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 
Pada kunjung ziarah dan sumbangan itu, PAS Titiwangsa telah menyantuni warga penduduk seramai 34 yatim piatu, Orang Kelainan Upaya, tua, fakir dan miskin.
 
Semua golongan asnaf ini tinggal di Pandan Tengah, Jalan Cochrane, Pandan Berduri, Desa Pandan, Desa Pahlawan dan Hilir Ampang.
 
Mengetuai ziarah ini adalah Yang DiPertua PAS Titiwangsa, Khairul Anuar Abdul Manap dan pimpinan Harian PAS Kawasan serta Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.
 
PAS Titiwangsa mengalu-alukan sumbangan bagi meneruskan aktiviti ini yang boleh disalurkan ke akaun Maybank 5640 9850 4101. – HARAKAHDAILY 13/5/2019
IMG 20190513 WA0053
Advertisement