Aktivis PAS sedia bubur lambuk Batu 36 Beruas

BERUAS: PAS Cawangan Batu 36 telah menyediakan masakan bubur lambuk dan mengedarkannya secara percuma kepada penduduk setempat.
 
Usaha memasak itu diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Batu 36, Hassan Abu Bakar yang dibantu Ahli PAS, Muhamad Azhar Minhat di Surau Tuan Guru Haji Zin Batu 36, Sitiawan, Beruas, di sini
 
Juadah sempena Ramadan itu kemudian menjadi sedekah bagi berbuka puasa kepada masyarakat di situ yang sekali gus mengeratkan silaturahim sesama mereka serta menggalakkan sumbangan.
 
Ketua PAS Batu 36, Zulkapli Hassan berkata, program tersebut telah menjadi rutin tradisi PAS Cawangan tersebut secara tahunan setiap kali Ramadan.
 
Penganjuran bagi tahun ketiga ini disediakan berdasar jumlah sumbangan orang ramai sekali gus menyemarakkan keberkatan sedekah dan memberi makan orang berbuka yang digalakkan Nabi S.A.W. – HARAKAHDAILY 14/5/2019
Advertisement