PAS Putatan rai Hari Jururawat dan Hari Ibu

PUTATAN: PAS Kawasan Putatan meraikan sambutan sempena Hari Jururawat dan Hari Ibu dengan melaksanakan ziarah mahabah ke klinik dan hospital dalam Parlimen Putatan.
 
Delegasi lawatan serampang dua mata itu melibatkan anggota-anggota Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Putatan yang menyantuni para jururawat dan kaum ibu.
 
Mereka telah berkunjung ke Hospital Queen Elizabeth, Klinik Desa Petagas, Klinik Daerah Putatan, serta Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pekan, di sini kelmarin.
 
Pada kunjungan tersebut, pihak delegasi telah menyampaikan cenderamata kepada para jururawat dan kaum ibu yang ditemui di institusi kesihatan tersebut.
 
Kunjungan itu dalam rangka mengerat hubungan memasyarakatkan PAS dan sebagai menzahirkan penghargaan dedikasi para jururawat dan kaum ibu, sekali gus memotivasikan mereka. – HARAKAHDAILY 15/5/2019
Advertisement