Tindakan SIS menyimpang ajaran Islam

KOTA BHARU: Tindakan Sisters In Islam (SIS) mempertikai tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) mengeluarkan notis wanita berpakaian tidak sopan amat dikesali.

Advertisement

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kenyataan SIS begitu mengelirukan umat Islam dan dianggap tidak wajar dikeluarkan.

“Sewajarnya SIS mendapat maklumat yang jelas terlebih dahulu daripada Jaheaik berhubung tindakan tersebut,” ujarnya di sini.

Baru-baru ini Jaheaik menahan 39 wanita yang didapati berpakaian seksi dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai sempena Ramadan untuk sesi kaunseling.

Berikutan itu SIS dilapor mahu Jaheik menghentikan operasi mengawasi dan memanggil wanita-wanita berpakaian seksi serta membatal kehadiran mereka di sesi kaunseling.

Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang berkata, tindakan SIS itu jelas menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. – HARAKAHDAILY 16/5/2019