HPT 3.0 rewang bubur lambuk

KUALA TERENGGANU: Peserta High Potential Talent (HPT) 3.0 dengan kerjasama muslimin dan muslimat Unit Peti Undi (UPU) Chendering serta Masjid Al-Furqan mengadakan gotong-royong masak bubur lambuk sebanyak tiga kawah.

Advertisement

Rewang bubur lambuk itu dijalankan bersempena Projek Ramadan Rakyat 1440 Hijrah yang merupakan kemuncak bagi program HPT 3.0 di bawah Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) selepas tiga modul iaitu Daurah Tadrbiyah, Perkampungan Ilmu dan Daurah Kepimpinan.

Proses penyediaan bubur lambuk dilakukan seawal jam 9.30 pagi dan siap untuk dibungkus sekitar jam 12.00 tengah hari.

Bubur lambuk resipi Terengganu sangat kaya dengan ulam-ulaman yang sangat menyihatkan.

Di samping agenda utama memasak, peserta juga dapat berkenalan dengan masyarakat setempat dan mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain. – HARAKAHDAILY 18/5/2019

lb1

lb2

lb5

lb3