Khairunnisa’ sinari Syawal golongan asnaf

KEMAMAN: Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa’) telah mengadakan majlis Sinar Ramadan di Dewan Sivik Kertih, di sini kelmarin.
 
Program tersebut bertujuan menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan dapur kepada golongan asnaf dalam menyinari persiapan mereka menjelang Syawal nanti.
 
Seramai 120 penerima telah diraikan pada majlis tersebut iaitu melibatkan kalangan asnaf dari Zon Selatan Terengganu iaitu Parlimen Dungun dan Kemaman.
 
Menurut Timbalan Pengerusi Khairunnisa’, Zarani Othman, pihaknya terdahulu mengadakan majlis sama di Zon Utara melibatkan Parlimen Besut dan Setiu yang diadakan pada 13 Mei lalu.
 
Manakala bagi Zon Tengah maklum beliau iaitu melibatkan Parlimen Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu telah diadakan pada 15 Mei.
 
Majlis tersebut telah dirasmikan Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Abd Hamid yang menyifatkan sumbangan sedemikian sangat membantu mengurangkan beban para asnaf.
 
Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Adun Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Adun Air Putih, Razak Ibrahim serta isteri masing-masing. – HARAKAHDAILY 19/5/2019
IMG 20190519 WA0094
Advertisement