PAS Apas sentiasa prihatin golongan asnaf

TAWAU: PAS Cawangan Apas telah mengadakan ziarah kepada golongan asnaf dalam kalangan miskin, Orang Kelainan Upaya dan warga emas di Kampung Batu 5, Jalan Apas, di sini semalam.
 
Program sempena Ramadan ini juga merupakan inisiatif bulanan PAS Apas dalam menyantuni golongan asnaf dengan mengambil maklum dan mengemaskini perkembangan golongan itu.
 
Program yang dipimpin Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Tawau, Juharia Haruna itu telah menyampaikan sumbangan barangan dapur.
 
Katanya, program tersebut selain menjadi komitmen berterusan pihaknya, turut membina hubungan kemasyarakatan antara ahli PAS Apas khususnya bersama penduduk setempat.
 
Turut serta mengiringi delegasi menyampaikan sumbangan kepada para asnaf tersebut adalah Ketua Muslimat PAS Apas, Ervinah Basmin. – HARAKAHDAILY 19/5/2019
Advertisement