PAS Lumut iftar ‘picnic’ dan bersama bekas MB

LUMUT: PAS Kawasan Lumut menerusi entiti Pemuda dan Ameerah dengan kerjasa,a Persatuan Bekas Pelajar At-Ta’alim mengadakan Iftar Ala ‘Picnic’ di Padang Stesen Bas Manjung, di sini semalam.

Advertisement

Ketua Pemuda PAS Lumut, Muhammad Nizar Majid berkata, selain mempertaut ukhuwah, program sedemikian sekali gus menjadi mesej dakwah kepada masyarakat mengenai praktik Islam.

Di mana semua yang hadir juga menunaikan solat berjamaah di padang terbuka itu di mana sebelumnya juga mengadakan bacaan tahlil dipimpin Naib Ketua Pemuda Lumut, Safari Abas.

Sementara itu, pimpinan PAS Lumut telah memenuhi undangan bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir pada majlis iftar di Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas, juga semalam.

Majlis yang turut dilaksanakan secara santai dengan menghidangkan jamuan istimewa nasi beriani gam serta solat berjamaah di padang maahad tahfiz itu di Kampung Padang Tembak, di sini.

Delegasi PAS Lumut yang diketuai Yang DiPertua, Rasli Abdul Rahman menyifatkan hubungan wujud antara PAS dan Umno Lumut semakin baik sejak ia mula terjalin tahun lalu. – HARAKAHDAILY 19/5/2019

IMG 20190519 WA0040

 

IMG 20190519 WA0037

 

IMG 20190519 WA0036