PAS, Umno erat di Lembah Pantai

KUALA LUMPUR: “Dengan Allah semakin taat, dengan manusia kita semakin bermanfaat,” ungkap Yang Dipertua PAS Kawasan Lembah Pantai, Ustaz Dr Azhar Yaakub dalam majlis Iftar Perdana dan Penyerahan Sumbangan Ramadan di sini, semalam.

Advertisement

Beliau mengulas mengenai hikmah di sebalik ujian kekalahan yang diterima PAS dan Umno dalam Pilihan raya Umum ke-14 lalu sekali gus memperlihatkan perjuangan kian selari iaitu meletakkan Islam sebagai matlamat utama.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan diteruskan dengan ucapan pimpinan parti serta penyampaian sedikit sumbangan untuk asnaf dan anak yatim.

Selain itu, program dimeriahkan lagi dengan agihan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Turut hadir ke program tersebut ialah Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Dato’ Ramlan Askolani bersama beberapa pimpinan parti yang lain.

Lembah Pantai menyaksikan hubungan yang kian erat terjalin antara dua parti utama itu menerusi beberapa program yang telah diadakan sebelum ini. – HARAKAHDAILY 19/5/2019