PAS edar pencuci mulut dekati warga Kalabakan

KALABAKAN: Muslimat PAS Kawasan Kalabakan telah mengadakan edaran pencuci mulut berupa dadih dan kuih muih di sekitar Jalan Kuhara, di sini petang semalam.

Advertisement

Program tersebut sebagai usaha mendekati masyarakat sekitar untuk mengimarahkan Ramadan dengan amalan bersedekah yang sangat dituntut dalam bulan ini.

Turut diberikan sempena edaran tersebut adalah akhbar Harakah serta risalah dan diari Ramadan sebagai usaha dakwah memandu masyarakat menghidupkan amalan Ramadan.

Sebanyak 400 pek disedia dan diedarkan pada program tersebut yang turut meluaskan lagi usaha memasyarakatkan PAS khususnya kepada warga penduduk di daerah ini.

Pimpinan PAS Kalabakan turut serta adalah Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua, Ahmad Dullah dan Usman Madeaming serta Timbalan dan Naib Ketua Muslimat, Norjanah Jamjam dan Ustazah Masyuri Sampe. – HARAKAHDAILY 21/5/2019

IMG 20190521 WA0082