Pemuda Ipoh Timur ‘shopping’ raya di Mydin

IPOH: Pemuda PAS Ipoh Timur menceriakan kedatangan Aidil Fitri anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah dengan sumbangan kelengkapan baju raya.
 
Masing-masing mereka menerima set baju raya dan sekampit beras itu diraikan pada satu sesi khas yang diadakan di Pasaraya Mydin RTC Gopeng, di sini kelmarin.
 
Menurut Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur, Ustaz Hanafi Roshan, menerusi pemberian sedemikian mendekatkan pihaknya dengan keluarga penerima dan membantu mereka meraikan Syawal.
 
Malah menerusi program itu juga katanya, mengajak masyarakat untuk turut sama menyumbang dan menggerakkan komitmen Pemuda PAS melaksana agenda kebajikan.
 
Maklumnya, semua penerima dipilih berdasarkan pendapatan rendah keluarga layak mendapat sumbangan itu tanpa mengambil kira latar belakang politik mereka.
 
Hadir sama memilih dan menyerah sumbangan adalah Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Ipoh Timur, Muhamad Zabidi Ahmad dan Abdul Latif Rani. – HARAKAHDAILY 21/5/2019
Advertisement