Wanita-Muslimat rewang bubur dan kuih tradisi

PASIR SALAK: Muslimat PAS dan Wanita Umno bagi Parlimen Pasir Salak terus mengukuhkan hubungan telah terjalin kedua pihak dengan mengadakan program kerjasama, kelmarin.

Advertisement

Dengan semangat ukhuwah dan mengimarahkan Ramadan, kedua entiti itu telah bersama merewang memasak dan mengedarkan bubur lambuk di Kampung Gajah, di sini.

Aktiviti sejak awal pagi ini dipimpin bersama Ketua Wanita Umno Pasir Salak, Dato’ Dr Wan Norashikin Wan Nordin yang juga Adun Kampung Gajah dan Ketua Muslimat Pasir Salak, Jamaliah Sudin.

Dengan komitmen penuh anggota jawatankuasa kedua pihak, sebanyak dua periuk kawah besar bubur lambuk dimasak yang menghasilkan sebanyak 1,000 paket bungkusan untuk diedar.

Menariknya, rewang bersama ini turut menghasilkan ‘pencuk’ dan kuih ‘cecemek’ yang merupakan makanan tradisi orang Perak seberang sungai di mana menjadi simbolik hubungan erat kedua pihak. – HARAKAHDAILY 21/5/2019

IMG 20190521 WA0023