Kembara Ramadan santuni asnaf warga PASTI

BERUAS: PASTI Negeri Perak bersama PASTI Kawasan Beruas telah mengadakan Kembara Ramadan menyantuni asnaf dalam kalangan warga PASTI dalam Parlimen itu, kelmarin.
 
Tujuan program tersebut adalah meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan dalam menghidupkan Ramadan dan persediaan menyambut Syawal yang bakal tiba.
 
Malah, menerusi program tersebut dalam memupuk kasih sayang dan melahirkan sifat ihsan, sekali gus membentuk sifat mahmudah dan mengurangkan jurang perbezaan darjat yang ada.
 
Antara yang terpilih menerima sumbangan adalah Shahalizah Omar dari PASTI An-Nurah Bagan Panchor yang diuji ibunya menghidap sakit kronik buah pinggang tahap akhir.
 
Sumbangan disampaikan Timbalan Pengarah PASTI Perak, Aminuddin Ahmad bersama Pengerusi PASTI Beruas, Fitri Nor Idris Rozaini yang hadir ke kediaman pendidik itu.
 
Program ini juga bertujuan menggerakkan usaha-usaha kebaikan sebagaimana diserukan Rasulullah dan para ulamak supaya menjadi amalan dalam kalangan warga PASTI. – HARAKAHDAILY 24/5/2019
Advertisement