Pemuda Kampar selami denyut nadi hidup penduduk

KAMPAR: Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Kawasan Kampar telah menganjurkan Ziarah Kebajikan 2.0 di Kampung Changkat Tin dan Kampung Tanjung Tualang, di sini kelmarin.

Advertisement

Antara slot ziarah tersebut adalah bersama PAS Cawangan Tanjung Tualang menyampaikan kit kebajikan kepada golongan al-malak yang diadakan di Surau Iskandariah.

Turut tidak dilupakan apabila disampaikan sumbangan kepada 36 anak-anak yatim melalui Pengetua Rumah Anak Yatim Soleha, Kampung Air Papan, Abdul Hadi Ideris.

Juga menerima sumbangan sempena program ini adalah 20 hafiz menerusi sumbangan kepada Pengasas Pusat Tahfiz Al-Amin, Ustaz Muhammad Aminuddin Yusof di Changkat Tin.

Ziarah para Pemuda PAS ini turut mengambil seruan pihak Assabiqun PAS Pusat supaya menyantuni golongan tersebut apabila berkunjung ke kediaman Imam Abdul Rom Abdul Karim.

Ketua Pemuda PAS Kampar, Mohd Shahrizan Ahmad Fuat menyatakan komitmen pihaknya untuk terus menyelami denyut nadi kehidupan masyarakat terutama yang kurang berkemampuan. – HARAKAHDAILY 24/5/2019

IMG 20190524 WA0076

IMG 20190524 WA0074