PASTI tempa kejayaan kerana keikhlasan guru

TAMBUN: PASTI Kawasan Tambun telah mengadakan sambutan Hari Guru dan iftar jamaie yang dilangsungkan di PASTI Al-Muttaqin, Tanjung Rambutan, di sini semalam.
 
Majlis yang meriah dengan kehadiran semua guru PASTI Tambun, turut diraikan oleh Yang DiPertua PAS Tambun, Ustaz Salleh Said bersama saf kepimpinan PAS Tambun dan Dewan-dewan.
 
Malah, Ustaz Salleh dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa PASTI sebagai aset PAS telah berjaya kerana digerakkan oleh keikhlasan tinggi para guru yang mendidik.
 
Beliau menyeru para guru dan penggerak PASTI untuk mengukuhkan ukhuwah agar menjadi kekuatan untuk melangkah lebih maju membawa PASTI untuk terus meraih kecemerlangan.
 
Bahkan PASTI menurutnya, satu kejayaan PAS dalam pendidikan di mana ia dijana dari urus tadbir oleh Dewan Pemuda, sedang tenaga gurunya dari kalangan Dewan Muslimat.
 
Simbolik keraian sambutan tahunan tersebut adalah dengam pemotongan kek dan penyampaian saguhati Aidil Fitri oleh Penasihat PASTI Tambun, Ustaz Hafez Sabri.
 
Majlis iftar penuh ukhuwah sempena majlis itu pula lebih istimewa dengam hidangan nasi minyak, ayam kurma, jelatah dan beraneka kuih-muih. – HARAKAHDAILY 25/5/2019
20190525 160635
Advertisement