Singgah Sahur PAS Teluk Intan ke agensi kerajaan

TELUK INTAN: PAS Kawasan Teluk Intan terus memperkukuhkan agenda memasyarakatkan PAS sempena Ramadan ini dengan mengadakan program Singgah Sahur, awal pagi tadi.
 
Program yang juga bertujuan menggandakan ibadah di bulan penuh keberkatan ini telah diketuai sendiri Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik bersama pimpinan lain.
 
Menerusi peranan digerakkan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Teluk Intan, Ustaz Lotfi Shamsudin, sebanyak 100 bungkusan juadah sahur berupa nasi goreng dan air minuman telah disediakan.
 
Rombongan telah berkunjung langsung ke beberapa agensi kerajaan antaranya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Hilir Perak.
 
Tidak ketinggalan menerima lawatan awal pagi untuk serahan juadah itu adalah Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak dan Jabatan Kecemasan dan Dewan Bersalin Hospital Teluk Intan.
 
Menurut Ustaz Lotfi, aktiviti tersebut juga menjadi salah satu cara PAS Teluk Intan menzahirkan penghargaan kepada penjawat awam yang komited menjalankan tugas mereka. – HARAKAHDAILY 25/5/2019
IMG 20190525 WA0102
Advertisement