Pemuda Kepala Batas jengah kehidupan asnaf

KEPALA BATAS: Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas bersama Pemuda PAS Cawangan Pongsu Seribu telah turun padang dalam program bantuan asnaf dalam Kariah Pongsu Seribu, di sini semalam.
 
Program ini sebagai usaha menyemarakkan fasa terakhir Ramadan dengan menggandakan amal soleh dan menyantuni golongan memerlukan khususnya dalam kalangan asnaf.
 
Hasil sumbangan orang ramai yang telah dikumpulkan sejak awal Ramadan, barangan berupa keperluan asas dapur telah disampaikan Pemuda PAS yang berkunjung ziarah rumah ke rumah.
 
Inisiatif tersebut dipimpin langsung Ketua Pemuda PAS Kepala Batas, Ustaz Muhammad Azzam Abdullah sendiri bersama sahabat-sahabat Pemuda PAS Kawasan dan Cawangan tersebut.
 
Menurut Setiausaha PAA Pongsu Seribu, Azhar Izham yang juga penyelaras program ini, ziarah dan sumbangan asnaf seperti itu telah menjadi aktiviti tahunan PAS setiap kali Ramadan.
 
Maklumnya juga, pihak beliau merancang usaha menyantuni golongan tersebut telah melangsungkan pula ibadah korban serta agihan daging pada Aidil Adha nanti. – HARAKAHDAILY 27/5/2019
IMG 20190527 WA0011
 
IMG 20190527 WA0009
Advertisement