Perpaduan PAS-Umno Tambun makin mengukuh

TAMBUN: PAS Kawasan Tambun telah menganjurkan program Bubur Lambuk Perpaduan Ummah yang diadakan di kediaman Ketua Wanita Umno Tambun, Surai Hussien di Taman Jelapang Jaya, di sini hari ini.
 
Program dengan kerjasama Umno Bahagian Tambun itu dijalankan serentak dengan komitmen penuh kedua pihak di Dun Manjoi dan Dun Ulu Kinta, serta edaran di Bazar-bazar Ramadan sekitar bandar ini.
 
Yang DiPertua PAS Tambun, Ustaz Salleh Said berkata, kesepakatan PAS dan Umno bukan gimik atau lakonan, tetapi telah memberi isyarat bersama masyarakat untuk bangkit dan membuat perubahan.
 
Hadir sama Ketua Umno Tambun, Dato’ Aminuddin Md Hanafiah yang menyeru kesatuan kedua pihak dan mengenepikan hal remeh-temeh dengan kembali kepada tujuan perpaduan serta mempertahankan tanah air dan agama.
 
Sempena majlis tersebut juga wakil Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah dijemput membuka kaunter daftar pemilih sebagai persediaan bersama PAS dan Umno Tambun menuju PRU15. – HARAKAHDAILY 26/5/2019
IMG 20190526 WA0068
 
IMG 20190526 WA0067
 
IMG 20190526 WA0062
Advertisement