PAS gembirakan Syawal penduduk Kampung Baru

BUKIT MERTAJAM: PAS Cawangan Kampung Baru telah menganjurkan program Iftar Jamaie dan Sumbangan Kasih Ramadan di Surau Al-Hidayah Permai Jaya, di sini kelmarin.
 
Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim, serta bagi menghulurkan sumbangan kepada penduduk yang perlu dibantu atas kekurangan hidupnya.
 
Ketua PAS Kampung Baru, Mohd Nor Hashim berkata, sumbangan dari infak orang ramai itu bertujuan membantu mereka untuk turut bergembira sempena Syawal.
 
Seramai 50 penduduk Kampung Baru ini dikenalpasti untuk menerima sumbangan tersebut berupa barangan keperluan dapur dan harian bagi kegunaan mereka.
 
Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ketua Umno Kampung Baru, Ismail Ibrahim sekali gus menzahirkan sokongan kerjasama ummah di kampung ini. – HARAKAHDAILY 28/5/2019
Advertisement