ARC Perak terima kepimpinan baru 2019-2021

IPOH: Alternative Riding Club (ARC) Negeri Perak menampilkan perubahan kepimpinan baharu apabila Ustaz Khusairi Samsuri dari Kawasan Padang Rengas dilantik sebagai Pengarah untuk sesi 2019 – 2021.
 
Manakala mantan Pengarah sesi lalu, Roslan Talib yang lebih mesra dipanggil Paksu Lan dan menjadi Pengarah ARC Perak selama tiga penggal telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat. 
 
Selain Roslan, Ketua Sektor Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri dan Pengarah Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Perak, Hadi Azman turut menganggotai Lembaga Penasihat ARC Perak.
 
Sementara itu, jawatan Timbalan Pengarah 1 disandang oleh Ahmad Shah Putra Osman dari Lenggong dan Timbalan Pengarah 2, Mohd Fadzli Abdul Ghani dari Kampar. 
 
Bagi jawatan Setiausaha disandang oleh Muhamad Azim Azimi dari Tambun manakala Bendahari pula diamanahkan kepada Ahmad Farid Saleh dari Bagan Serai.
 
Seramai 12 Ahli Jawatankuasa lagi dilantik bagi memegang pelbagai portfolio bagi sesi kali ini di mana mesyuarat pertama bakal diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. – HARAKAHDAILY 28/5/2019
Advertisement