Hudud: Sokongan padu kepada Kerajaan Brunei

SAYA mengajak kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia dan Indonesia untuk bersama-sama memberi sokongan padu kepada Kerajaan Brunei dalam melaksanakan hukuman hudud kepada penzina, perogol dan puak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara tersebut secara berterusan.

Advertisement

che aliasWalaupun Sultan Brunei menerima kecaman dan serangan yang hebat daripada pelbagai sudut oleh negara Barat sama ada ahli politik mahupun artis antarabangsa susulan pelaksanaan hukum syariah ini, namun umat Islam di pelosok dunia tidak boleh berdiam diri.

Bahkan, mereka mempersoalkan hak asasi manusia dan menyifatkan hukum hudud satu kezaliman. Tetapi persoalannya, bagaimanakah pula hak asasi manusia yang berlaku di Palestin ketika diserang dan diseksa oleh rejim Zionis Israel dengan kejam? Mengapakah negara Barat hanya membisu sahaja termasuklah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

Saya juga menyeru umat Islam untuk turut serta memboikot filem-filem mahupun industri muzik daripada artis Barat seperti George Clooney dan Elton John yang begitu hebat mengecam tindakan Sultan Brunei dengan menggesa seluruh dunia memboikot hotel yang dimiliki oleh Brunei di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Saya berharap Kerajaan hari ini dapat menunjukkan keseriusan dan semangat yang padu dalam menyokong dan mempertahankan Kerajaan Brunei yang akan melaksanakan hukum Allah.

Islam Memimpin

TUAN CHE ALIAS HAMID
Ahli Parlimen Kemaman – HARAKAHDAILY 28/5/2019