PAS Perlis rakam takziah

KANGAR: Pemergian tokoh sejarawan dan ahli akademik negara Prof Emiratus Tan Sri Dr Khoo Kay Ki, 82 merupakan satu kehilangan besar kepada negara.

Advertisement

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli merakam ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan semoga mereka diberi kekuatan di atas kehilangannya.

“Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis turut berasa sedih akan kehilangan tokoh tersebut.

“Mendiang pernah menerima Anugerah Merdeka 2018 dalam kategori pencapaian skolastik cemerlang kerana sumbangnya dalam bidang penyelidikan dan penyusunan semula sejarah Malaysia,” katanya di sini.

Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia akibat dari masalah paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di ibu negara pada jam 10.45 pagi tadi.

Tokoh itu merupakan anak jati Perak dilahirkan di Kampar pada 28 Mac 1937.

Mendiang merupakan salah seorang individu yang membantu menggubal Rukun Negara. – HARAKAHDAILY 28/5/2019