PAS Teluk Intan sentiasa prihatin aspek kebajikan

TELUKI NTAN: Aspek kebajikan sesama ahli, termasuk juga anggota masyarakat yang kurang bernasib baik sentiasa diambil maklum PAS Kawasan Teluk Intan.
 
Timbalan Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Rostam Malek berkata, golongan tersebut tidak pernah dilupakan terutama menjelang kemeriahan perayaan seperti Aidil Fitri.
 
Sehubungan itu ujarnya, atas tanggungjawab dan keprihatinan ke atas golongan ini, pihak PAS Teluk Intan memberikan sumbangan kebajikan menerusi PAS Cawangan-cawangan.
 
Perkara tersebut dinyatakannya pada majlis penyampaian hamper berupa barangan makanan di Markas PAS Cawangan Kampung Sungai Cawang, 25 kilometer dari sini semalam.
 
Menurut beliau, walaupun PAS bukan parti memerintah dan tidak memenangi kerusi pilihan raya di situ, namun aktiviti sedemikian tetap dilaksanakan.
 
Jelasnya, golongan tersebut sangat wajar disantuni dan dipenuhi keperluannya untuk bergembira pada Syawal sebagaimana Muslim yang lain. – HARAKAHDAILY 28/5/2019
Advertisement