Peluang semak arah kiblat 5:16 petang ini, 28 Mei

SUKACITA dimaklumkan bahawa matahari akan Istiwa’ atau berada tepat di atas Kaabah pada hari ini, Selasa, 28 Mei 2019 jam 05:16 petang waktu Malaysia. Sehubungan itu, masyarakat Islam di Malaysia berpeluang melakukan semakan arah kiblat bagi mana-mana ruang solat yang didirikan. Berikut adalah tatacara semakan kiblat pada tarikh tersebut:
 
●     Pastikan masa yang tertera pada jam adalah tepat mengikut waktu SIRIM. Sila hubungi 1051 untuk mendapatkan waktu sebenar.
 
●     Perhatikan objek tegak seperti tiang, tingkap ataupun pintu rumah yang disinari cahaya matahari.
 
●     Perhatikan bayang objek tegak yang terhasil pada jam 05:16 petang.
 
●     Buat unjuran garisan bayang objek tegak tersebut menghala ke arah matahari.
 
●     Garisan tersebut menunjukkan arah kiblat yang sebenar. – HARAKAHDAILY 28/5/2019
20190528 154219
 
IMG 20190528 WA0044
Advertisement