Masjid di Kelantan tiada lambang parti

NasruddinD

KOTA BHARU: Sehingga sekarang tidak berlaku ada lambang parti politik dibawa masuk ke masjid di Kelantan, kata anggota Exco Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Advertisement

Malah katanya PAS tidak menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik, biarpun menguasai kerajaan negeri.

“Apa yang berlaku kita gunakan masjid untuk ceramah berkaitan Islam.

Lambang-lambang parti dan politik di setiap masjid tidak pernah diletakkan oleh mana-mana parti politik.

“Ia berlaku sejak dahulu sampai sekarang,” katanya kepada media sempena program iftar anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan (UPKN) bersama petugas media di sebuah hotel di sini malam tadi.

Baru-baru ini Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan ketegasan terhadap penganjuran program parti politik di masjid dan surau di negeri itu tanpa kebenaran pihak berkuasa agama negeri.

Mohd Nassurudin yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan berkata, apa yang dibincang di masjid berkaitan isu-isu hal ehwal Islam termasuk politik Islam dan bukannya kepartian.

“Politik dan Islam sudah semestinya tidak boleh dipisahkan dari dibicarakan antara keduanya,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/5/2019