Muslimat Ziarah Lebaran santuni warga K. Langat

KUALA LANGAT: Ameerah Kawasan Kuala Langat bersama Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Kuala Langat telah mengadakan Ziarah Lebaran menyantuni keluarga asnaf sekitar Parlimen ini, di sini semalam.
 
Delegasi telah berkunjung bagi menyampaikan sumbangan kepada keluarga berkenaan di Kampung Kelanang, Kampung Sawah, Banting Baru, Kampung Seri Cheeding dan Kampung Sungai Rambai.
 
Program ini bertujuan meringankan beban golongan memerlukan ini dalam persiapan mereka menjelang Syawal, disamping melahirkan rasa insaf, empati dan syukur dalam kalangan mereka yang berkemampuan.
 
Bantuan sumbangan yang dihulurkan kepada keluarga penerima adalah berupa keperluan harian seperti beras, gula, tepung dan kuih raya, termasuk sedikit wang belanja di mana telah dikumpul hasil infak orang ramai.
 
Sumbangan tersebut telah disampaikan isteri Adun Sijangkang, Dato’ Dr Yunus Hairi iaitu Datin Halina Sairoji yang diiringi Ketua Muslimat PAS Kuala Langat, Sapariah Sarmidi bersama petugas Muslimat. – HARAKAHDAILY 30/5/2019
IMG 20190530 WA0012
Advertisement