PAS Selangor ucap takziah kepada keluarga Badri

KUALA LUMPUR: Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Dato’ Seri Badri Abdul Rahman yang meninggal dunia hari ini.

Advertisement

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang berkata, kehilangan Badri yang merupakan Naib Presiden IKATAN dan Pengerusi IKATAN Negeri Selangor sangat dirasai.

“Saya sangat terkejut dengan pemergian beliau walaupun ada juga terdengar yang beliau mempunyai masalah jantung.

“Meninggalnya Dato’ Seri Badri ini satu kejutan kepada PAS kerana beliau antara yang cukup aktif dalam (parti) Ikatan.

“Beliu juga antara individu yang memberi sumbangan cukup besar dalam gabungan bersama Gagasan Sejahtera pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu,” katanya kepada Harakahdaily.

Dato’ Seri Badri meninggal dunia pada jam 12 malam tadi. – HARAKAHDAILY 29/5/2019